Lenovo Z25 Pro
Lenovo Z25 Pro
Bercakap mengenai kamera pula, kamera utama pada bahagian belakang menggabungkan sensor 24+16 Megapixel yang mampu merakam video pada tetapan maksimum 4K. Kamera disusun secara menegak pada bahagian belakang peranti. Kamera hadapan pula adalah kombinasi 16+8 Megapixel f/2.2 yang tersorok di belakang mekanisme gelongsor. Sistem kamera yang sama digunakan untuk sistem imbasan wajah yang boleh digunakan dalam keadaan gelap.
Di antara dua sensor kemera terletak sebuah gagang telinga. Dalam posisi tertutup, audio yang dihasilkan keluar menerusi lubang kecil pada bahagian dahi skrin. Pada bahagian bawah terdapat sebuah lagi pembesar suara yang melengkapi sistem audio stereo Dolby Atmos peranti. Kami difahamkan untuk menikmati kualiti audio yang optimum, peranti perlu digunakan pada posisi melongsor.
Bateri yang disertakan hanya sebesar 3350 mAh. Ini adalah saiz yang kecil bagi peranti mercu. Tetapi kami menyedari peranti dengan rekaan melungsur kesemuanya dilengkapi bateri yang bersaiz kecil. Xiaomi Mi MIX 3 dan Honor Magic 2 sebagai contoh masing-masing dilengkapi bateri sebesar 3200 mah dan 3500 mAh. Mekanisme melongsor menyebabkan bateri yang bersaiz kecil sahaja boleh digunakan walaupun tubuh peranti adalah lebih tebal berbanding peranti lain di pasaran.
